Saturday 9 November 2013

Siapakah Jutawan Pemilik AmBank Group?

LATARBELAKANG BELIAU

              
              Tan Sri Azman Hashim dilahirkan pada Julai 1939 di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Beliau merupakan anak ketiga daripada 13 orang adik-beradik. Bapa beliau merupakan seorang juruteknik manakala ibu beliau merupakan seorang guru. Beliau adalah akauntan berkanun yang terlatih. Beliau memulakan kerjayanya sebagai akauntan berkanun pada tahun 1955 di Messrs. OL Haines & Co. Australia. Beliau berpengalaman luas dalam industri perbankan dan mula terlibat dalam sektor perbankan sejak 1960 apabila beliau kembali dari Australia sebagai akauntan berkanun.
Tan Sri Azman Hashim, 68 tahunAset RM 2.87 BillionArab-Malaysian Corporation Berhad

LATARBELAKANG KERJAYA


             Tan Sri Azman memulakan kerjayanya dalam sektor perbankan di Bank Negara Malaysia. Selepas beberapa tahun bekerja di Bank Negara Malaysia, Tan Sri Azman meletakkan jawatan pada tahun 1964 bagi memulakan firma perakaunannya sendiri, iaitu Azman, Wong, Salleh & Co. Dua tahun kemudian, beliau menjadi Pengarah Malayan Banking Berhad (Maybank) dan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Maybank dari tahun 1971 hingga 1980. Seterusnya, Tan Sri Azman dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Kwong Yik Bank yang kini dikenali sebagai RHB Bank Berhad selama dua tahun, dari tahun 1980 hingga 1982.Pada tahun 1982, beliau membeli Arab – Malaysian Merchant Bank yang kini dikenali sebagai AmBank dari usahawan Arab, iaitu Hussain Najadi. Hussain mengasaskan bank itu pada tahun 1975 bagi membawa masuk pelaburan dari negara – negara Arab ke Malaysia. Selepas pembelian itu, Tan Sri Azman dilantik sebagai pengerusinya. Kepentingan dalam syarikat lain Selain memegang 42% kepentingan dalam syarikat induk Kumpulan AmBank, iaitu Arab – Malaysian Corporation Berhad (AMC), beliau juga mengawal beberapa syarikat seperti AMMB Holding Berhad (AHB), Arab – Malaysian Finance Berhad yang kini dikenali sebagai AmFinance, Arab Malaysian Development Berhad, Saouth Peninsular Industries Berhad, Redifussion Berhad, Hotel Equatorial dengan 30% kepentingan, dan anak syarikat Johnson & Johnson di Malaysia dengan 30% kepentingan.

           Terdapat banyak bank yang terjejas akibat krisis itu. Tetapi, lain pula dengan Tan Sri Azman. Selepas krisis ekonomi asia 1997 / 98, Tan Sri Azman bukan sahaja berjaya mengekalkan kedudukannya dalam Kumpulan Perbankan AmBank, malah berjaya menambahkan lagi penguasaannya dalam industri perbankan dengan penggabungan MBF Finance dengan anak syarikat Kumpulan Perbankan AmBank, iaitu Arab – Malaysian Finance Berhad.Pengiktirafan Tan Sri Azman pernah dan sedang memegang banyak jawatan lain. Anataranya adalah Ahli Lembaga Pengarah Sistem Penerbangan Malaysia Berhad (MAS), Pengerusi Persatuan Bank Saudagar di Malaysia, Pengerusi Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia Berhad (MIMOS) dan Pengerusi Perbadanan Produktiviti Nasional dan banyak lagi. Anugerah Tan Sri Azman pernah menerima banyak anugerah. Antaranya ialah anugerah Doktor Kehormat oleh Universiti Utara Malaysia pada tahun 1990. Pada tahun 1985, Tan Sri Azman dinamakan sebagai Pengurus Bank Terbaik Asia oleh majalah Asian Finance.

            Pada tahun 1993, beliau dinamakan sebagai Usahawan ASEAN Tahun 1993 oleh Forum Perniagaan ASEAN. Pada tahun 1995 pula, beliau dinamakan sebagai Pengurus Terbaik Tahun 1995 oleh Kelab Alumni Harvard Business School. Sumbangan Sebagai Pengerusi Perbadanan Produktiviti Nasional, Tan Sri Azman memainkan peranan penting dalam menggalakkan produktiviti di Malaysia dan menjadikannya sebagai salah satu komponen yang relevan dan penting dalam proses pembangunan negara.Kejayaan membangunkan produktivtii ini dicapai melalui keyakinannya bahawa produktiviti perlu dirangka sehingga dapat diuruskan dan diukur. Dibawah kepimpinan belaiu, Perbadanan Produktiviti Nasional berjaya membangunkan metodologi pengukuran produktiviti di peringkart kebangsaan dan subsektor. Sejak tahun 1994, Perbadanan Produktiviti Nasional menerbitkan laporan tahunan produktiviti yang menganalisis prestasi produktiviti di peringkat kebangsaan, dan subsektor. Laporan tahunan itu dapat diakses melalui Pangkalan data Rangkaian Tanda Aras Dalam Talian (BOND), iaitu pangkalan data amalan terbaik dan petunjuk prestasi cemerlang. Melalui Perbadanan Produktiviti Nasional juga, Tan Sri Azman banyak menyumbang kepada pergerakkan produktiviti di rantau Asia dan Pasifik.



SUMBANGAN BELIAU

          
              Berdasarkan nilai pegangan mereka dalam syarikat sehingga 20 Januari 2012,nama Tan Sri Azman Hashim menduduki tangga ke 11 dalam senarai orang terkaya di Malaysia dengan aset bernilai RM3.47bilion.Tan Sri Azman Hashim telah menyumbangkan sebanyak 30% daripada nilai pegangan asetnya iaitu RM1bilion kepada Yayasan Azman Hashim. Yayasan itu, yang ditubuh pada 5 Januari 1991 pernah menyumbang RM42 juta untuk pembangunan pendidikan di beberapa institusi pengajian tinggi awam di negara ini, termasuk pembinaan sebuah kompleks pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bernilai RM7 juta. 
           Sumbangan itu bertujuan untuk membantu pembangunan pendidikan golongan kurang berkemampuan serta meringankan beban badan-badan kebajikan. Wang dana sebanyak RM1 bilion itu akan digunakan secara berperingkat bagi membina lebih banyak kemudahan kepada golongan memerlukan. Ia juga tidak terhad kepada bidang pelajaran sahaja kerana jika terdapat bidang lain yang memerlukan bantuan daripada dana ini, ia akan turut dibantu. Tan Sri Azman Hashim dan juga Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary adalah diantara orang terkaya yang suka menderma dan membuat kebajikan.  Dengan adanya Yayasan seperti ini, ramai golongan yang tidak berkemampuan dapat peruntukan yang sewajarnya dari segi kesihatan, pendidikan dan sebagainya.








Tips.

21 tip ringkas usahawan:

1. Perlu jelas matlamat.

2. Ada buat perancangan.

3. Berusaha dengan cekal.

4. Baca buku selalu.

5. Belajar tanpa henti.

6. Bertindak dengan cepat.

7. Tidak mudah mengalah.

8. Berani hadapi risiko.

9. Fokus pada kekuatan.

10. Sayangi diri sendiri.

11. Sentiasa perbaiki diri.

12. Gagal itu lumrah.

13. Utamakan yang utama.

14. Perlu jaga kesihatan.

15. Ambil sarapan pagi.

16. Tidur perlu cukup.

17. Bangun awal pagi.

18. Sentiasa bersangka baik.

19. Elakkan membazir masa.

20. Buat dengan betul.

21. Tunaikan solat fardhu. 

Tips-tips Mengurus Kemarahan Pelanggan

Antara tips yang ingin saya kongsikan ialah :

1. Jangan salahkan sesiapa, sama ada pelanggan ataupun kita.

2. Minta maaf jika puna permasalahan adalah daripada kita.

3. Cukup mohon maaf sahaja, tidak perlu senaraikan banyak alasan.

4. Sediakan dan berikan penyelasaian.

5. Tanya pelanggan, apakah lagi persoalan mereka yang berlum terjawab.

6. Ulang langkah 4 dan 5 sehingga selesai.


Agensi-Agensi Yang Membantu Usahawan dalam bidang perniagaan.

Dalam entri saya kali ini, saya akan menerangkan agensi-agensi yang boleh membantu usahawan dalam bidang keusahawanan.Antaranya :

1. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Membantu, melatih dan membimbing bumiputra dalam kegiatan perniagaan dan perkhidmatan.

2. Perbadanan Pembangunan Bandar(UDA)

Memajukan persekitaran dan kemudahan asas seperti lalu lintas
    dan kawasan rekreasi.

3. Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC)


Menawarkan kursus asas dan latihan lanjutan kepada beberapa peringkat masyarakat untuk menjadi usahawan yang berjaya.


4. Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)

Menguruskan permohonan lesen perlindungan tariff dan pelepasan duti import.

5. Institut Piawaian dan penyelidikan Perindustrian Malaysia(SIRIM)

Memastikan mutu barangan keluaran memenuhi piawaian yang ditetapkan

6. Lembaga Minyak Kelapa Sawit Malaysia (MPOB)
Menjalankan dan menggalakkan kegiatan penyelidikan dan kemajuan usahawan.

7. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN)

Menyediakan tapak perumahan perniagaan dan kompleks beli-belah

8. Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK)

Meningkatkan sumber tenaga mahir dalam bidang teknologi.

Analisis S.W.O.T dalam perniagaan

Apa itu Analisis S.W.O.T? Analisis S.W.O.T adalah satu kaedah atau proses yang biasa digunakan dalam perancangan dan persediaan dalam sesuatu perniagaan.  S.W.O.T adalah merupakan singkatan kepada ayat Strengths, Weaknesses, Opportunities and Threats. Objektif pembentukan S.W.O.T ini adalah bertujuan untuk menilai analisis dalaman dan luaran yang dapat membantu pembentukan atau mempengaruhi sesuatu kejayaan. Strength dan Weaknesses adalah merupakan analisis dalaman manakala Opportunities dan Threats adalah analisis luaran.


Analisis Dalaman

Analisis dalaman melakukan penilaian secara menyeluruh mengenai kekuatan potensi persekitaran dalaman dan kelemahan. Antara faktor-faktor yang harus dinilai di seluruh organisasi dalam bidang-bidang seperti berikut:

  • Struktur Organisasi
  • Budaya Syarikat
  • jenama kesedaran
  • Pasaran Saham
  • Sumber Kewangan
  • Eksklusif Kontrak
  • Strategi dan Rahsia Perdagangan
  • Operasi Kecekapan
  • Operasi Kapasiti


Analisis Luaran

Sebuah kesempatan adalah satu peluang untuk memperkenalkan produk atau perkhidmatan baru yang dapat menghasilkan pendapatan yang lumayan. Pemuang ini boleh muncul ketika terjadi perubahan dalam persekitaran luaran. Kebiasaannya, perubahan ini dikatakan sebagai ancaman terhadap kedudukan pasaran produk yang sudah ada dan mungkin memerlukan perubahan dalam spesifikasi produk atau pembangunan produk baru dalam rangka bagi syarikat untuk tetap kompetitif. Perubahan persekitaran luaran mungkin berkaitan dengan:

  • Pelanggan
  • Persaingan
  • Pasar Trend
  • Pembekal 
  • Laman Sosial
  • Teknologi Baru
  • Ekonomi Persekitaran
  • Politik dan persekitaran peraturan



STRENGHT(KEKUATAN)

Kekuatan sebuah syarikat adalah sumber daya dan kemampuan yang boleh digunakan sebagai asas untuk membangunkan keunggulan kompetitif. Contoh kekuatan tersebut adalah :

  • Paten
  • Nama-nama jenama yang kuat
  • Reputasi yang baik di antara para pelanggan
  • Kos keuntungan
  • Menguntungkan akses kepada rangkaian pengedaran

WEAKNESS(KELEMAHAN)

Dalam beberapa kes,kelemahan mungkin merupakan sisi lain dari suatu jejuatan. Muat kes di mana syarikat mempunyai jumlah yang besar kapasiti pengeluarannya. Sementara kapasiti ini boleh dianggap sebagai kekuatan yang pesaing tidak boleh berkongsi juga boleh dianggap sebagai lemah jika pelaburan yang besar dalam kapasiti perkilangan mencegah syarikat dari memberi reaksi yang cepat terhadap perubahan persekitaran yang strategik.Tidak ada kekuatan tertentu yang boleh dilihat sebagai kelemahan. Contohnya, berikut boleh dianggap sebagai kelemahan:

  • Kurangnya perlindungan paten
  • Nama jenama yang lemah
  • Reputasi yang kurang baik
  • Kurangnya akses kepada sumber daya alam terbaik
  • Struktur kos tinggi

OPPOTUNITY(PELUANG)

Analisis persekitaran luaran boleh mendedahkan peluang baru untuk keuntungan dan pertumbuhan. Beberapa contoh peluang tersebut merangkumi berikut:

  • Kedatangan teknologi baru
  • Tidak memenuhi keperluan pelanggan
  • pelonggaran peraturan
  • Pengeluaran halangan perdagangan antarabangsa


THREAT(ANCAMAN)

Perubahan persekitaran luarran juga boleh hadir ancaman bagi sesuatu syarikat. Antara contoh ancaman tersebut ialah:

  • Munculnya produk pengganti
  • Pengeseran selera pelanggan dari produk-produk syarikat
  • Peraturan Baru
  • Hambatan Perdagangan meningkat

Apakah jenis-jenis pemilikan yang boleh diwujudkan dan ciri-ciri nya?

1. Milikan Tunggal
  • Dimiliki oleh seorang pemilik
  • Modal diperoleh dari simpanan sendiri atau pinjaman
  • Diurus sendiri oleh pemilik
  • Ditubukan  dibawh Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
  • Liabiliti tidak terhad
  • Pemilik menanggung segala kerugian dan memperoleh semua untung
  • Cukai yang dikenakan hanya cukai pendapatan
2. Perkongsian
  • Terdiri daripada 2-50 orang ahli
  • Modal diperoleh melalui sumbangan rakan kongsi
  • Diuruskan oleh rakan kongsi aktif
  • Ditubuhkan di bawah Akta Perkongsian 1961
  • Semua ahli menangung liabiliti tidak terhad
  • Cukai pendapatan berdasarkan cukai pendapatan perseorangan
3. Syarikat Sendirian Berhad
  • Ahli terdiri daripada 2-200 orang
  • Modal daripada jualan syer kepada ahli-ahlinya
  • Penubuhannya tertakluk kepada Akta Pendaftaran Syarikat 1965
  • Liabiliti adalah terhad
  • Diuruskan oleh Lembaga Pengarah yang dilantik
  • Syarikat dan pemegang syer merupakan dua entiti yang berasingan
  • Untung rugi akan diagih dalam bentuk dividen
  • Cukai berdasarkan cukai syarikat
4. Syarikat Awam Berhad
  • Bilangan ahli terdiri dari 2 hingga tidak terhad
  • Modal daripada jualan syer kepada orang awam
  • Penubuhannya tertaluk kepada Pendaftaran Syarikat 1965
  • Liabiliti terhad
  • Diuruskan oleh Lembaga Pengarah yang dilantik
  • Syarikat dan pemegang syer merupakan dua entiti yang berasingan
  • Cukai berdasarkan cukai syarikat
  • Tertakluk kepada kawalan dan seliaan Pendaftar Syarikat


5. Koperasi
  • Bilangan minimum 100 orang dan tiada had maksimum
  • Modal diperoleh dari jualan syer kepada ahli
  • Ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993
  • Liabiliti ialah terhad
  • Diuruskan oleh Lembaga Pengarah yang telah dilantik
  • Keuntungan mestilah diagihkan dalam bentuk lebihan
  • Tiada cukai yang dikenakan
6. Perdanan Awam
  • Dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan
  • Modal disumbang oleh kerajaan
  • Liabiliti tidak terhad
  • Diuruskan oleh majlis yang dilantik oleh menteri kabinet
  • Tidak dikenakan cukai


Wednesday 30 October 2013

Sejarah Ekonomi Di Malaysia

Info yang saya akan bincangkan pada entry kali ini ialah mengenai sejarah ekonomi malaysia. Antaranya :

1. Pertanian
Kegiatan pertanian ekonomi sara diri oleh masyarakat melayu tradisional. Salah satu aktiviti pertanian adalah tanaman padi. Padi merupakan tanaman utama di Malaysia. Terdapat 2 jenis padi iaitu padi sawah dan padi huma(bukit). Perbezaan padi tersebut ialah padi sawah ditanam di kawasan yang rendah manakala padi huma pula ditanam di tempat yang tinggi seperi bukit-bukit. Antara negeri-negeri yang terkenal dengan penanaman padi ialah Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang.

2. Perikanan
Ikan merupakan sumber makanan yang penting kepada rakyat Malaysia. Kegiatan ini merupakan pekerjaan utama bagi masyarakat Melayu yang tinggal di tepi laut atau di tepi sungai. Selalunya hasil tangkapan akan dijual bagi mendapatkan hasil. Kebiasaannya, aktiviti perikanan ini akan dijalankan pada bulan Mac hingga Oktober dan dihentikan seketika pada bulan November sehingga Februari kerana pada bulan itu merupakan musim tengkujuh.

Lokasi utama kegiatan perikanan :

  • Kuala Muda, Kedah
  • Pulau Pangkor, Perak
  • Batu Maung, Pulau Pinang
  • Kuala Selangor, Selangor
  • Kukup, Johor
  • Kemaman, Terengganu
3. Perdagangan
Kegiatan perdagangan telah bermula sejak zaman penjajahan tanah melayu lagi. Dalam soal perkembangan perdagangan, beberapa aspek yang berkaitan seperti sistem pengangkutan perkapalan dan sebagainya telah dibincangkan. Hasil yang banyak dari sektor ini, pihak British telah menjalankan rancangan dalam pembinaan jalan keretapi serta pembinaan infrastruktur. Selain bijih timah, terdapat juga barangan dagangan yang penting seperti lada hitam, rempah, gambir dan tebu. Bermula abad ke 20, getah pula menjadi tanaman eksport yang sangat menguntungkan. Malangnya, disebabkan kemelesetan ekonomi, harga getah telah merosotdan menyebabkan kejatuhan pendapatan individu di Malaysia.

4. Pelombongan
Perlombongan di Tanah Melayu merujuk kepada perlombongan bijih timah. Memandangkan hasil perlombongan logam yang lain seprti emas adalah sedikit secara am-nya, aktiviti ini dijalankan secara kecil-kecilan oleh pembesar- pembesar melayu. Tedapat 5 hasil perlombongan yang dihasilkan di Tanah Melayu. Antaranya :

a. Bijih Timah
b. Emas
c. Arang Batu
d. Bijih Besi
e. Bauksit

5 Tips Menangani Konflik Didalam Sesebuah Organisasi

Dalam setiap organisasi, pastinya akan timbul konflik atau salah faham dalam kalangan ahli-ahli organisasi. Disini saya ingin berkongsi sedikit tips untuk menangani konflik-konflik tersebut.

1. Bersikap Positif : 
  Setiap ahli haruslah aktif  dalam menyelesaikan konflik secara proaktif.

2. Komunikasi :
  Komunikasi yang lancar dapat menghindarkan diri daripada salah faham yang berlaku. 

3. Keterbukaan (Open Minded) :
  Setiap anggota harus terbuka supaya konflik tidak berterusan dan dapat diselesaikan dengan baik. 

4. Bersikap Fleksibel :
  Ahli haruslah bersikap fleksibel, sehingga selalu ada jalan untuk memecahkan konflik yang terjadi.

5. Adil
  Kita tidak boleh memihak pada salah satu pihak yang terlibat konflik. Kita haruslah bersikap adil agar tidak berlaku salah faham yang berpanjangan.

Siapakah Syed Mokhtar Al-Bukhary?

Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan jutawan Melayu yang terkaya di Malaysia. Beliau ialah Pengerusi Yayasan Albukhary. Pada 2008, beliau diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah sempena sambutan Maal Hijrah 1429H peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).Beliau seorang yang suka berahsia serta pernah dipilih sebagai Tokoh Melayu Terbilang 2009.
Menurut majalah Malaysian Bussiness beliau mempunyai harta bernilai RM8.84 bilion pada 2005 seterusnya menjadi orang ketujuh terkaya di Malaysia pada 2005 hingga 2011. Menurut majalah Forbes, beliau orang ke-32 terkaya di Asia Tenggara. Beliau adalah orang kedua terkaya di Asia Tenggara selepas pengerusi Berjaya Corp, Vincent Tan. Syarikatmnya mempunyai 67,700 tenaga pekerja.Beliau juga 'Wira Dermawan Asia' selain Datuk Mohd Zaid Ibrahim, Leonard Linggi Tun Jugah, dan Hishamudin Ubaidulla.
Latar Belakang Tokoh Sebelum Menjadi Usahawan
Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1951. Syed Mokhtar tidak sempat mengambil periksaan SPM kerana tidak mempunyai wang untuk membayar yuran peperiksaan. Keluarga bapanya Syed Nor AlBukhary dan ibunya Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat berasal dari Hadrahmaut, Yaman. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga. Ketika umur 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama bapa saudaranya Syed Omar di Johor Bahru hingga ke Tingkatan Dua. Kemudian kembali ke Kedah dan bersekolah di Sekolah Saint Michael's.Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah. Beliau diasuh oleh ibunya sejak kecil oleh ibunya Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat untuk menderma kepada orang miskin. Syed Mokhtar berkahwin dengan Sharifah Zarah bin Tan Sri Syed Kechik Syed Mohamed Albukhary. Sharifah Zaharah adalah hasil perkahwinan kedua Syed Kechik dengan Puan Sri Sofiah Moo Abdullah . Syed Mokhtar dikurniakan tujuh orang anak. Beliau membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Seterusnya menjual roti canai di pasar Jalan Telok Wan Jah.Beliau membantu bapanya menternak lembu dan kerbau tetapi berhadapan dengan masalah wabak kaki dan mulut yang merebak ke seluruh selatan Thailand, Kedah dan Perlis . Semua ternak petani mati begitu sahaja. Sejak itu beliau meninggalkan bidang ternakan dan memulakan perniagaan sebagai pengusaha daging lembu dan kerbau pada tahun 1970 ketika berumur 19 tahun, selepas mengambil peperiksaan SPM . Beliau membeli daging lembu yang tidak terjual di pasar dan menjual semula kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran sekitar Alor Setar.Pada 1972, beliau mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A dan meminjam RM110,000 daripada MARA untuk membeli dua buah lori Mercedes 911LS. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan 'Syarikat Pengangkutan Sentosa' dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu. Lori-lori itu digunakan untuk memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa kini memiliki lebih daripada 40 buah lori.Pada 1974, Syed Mokhtar membeli rumah kedai yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan Perbadanan Kemajuan Bandar .Pada 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara (LPN) yang kini dikenali sebagai Bernas. Beliau berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor. Semua ini hasil langkah kerajaan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru
Sumbangan Yang Telah Disumbang Oleh Syed Mokhtar Al-Bukhary
Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary pada 1996 yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak. Melalui Yayasan ini, sebanyak RM1 Bilion telah disumbangkan/ didermakan untuk membiayai pelbagai program kebajikanMenerusi Program Tuisyen Albukhary pada 2001,sebanyak 500 pusat tuisyen telah ditubuhkan.Setiap tahun lebih 22,000 pelajar menyertai kelas itu dan mereka yang berjaya cemerlang menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.Setiap guru tuisyen dibayar RM40 sejam untuk mengajar Sains dan Matematik dan Bahasa Inggeris. Bantuan turut disalurkan kepada ke negara Pakistan, Uganda, Afrika Selatan dan Lebanon dengan 300 pemegang Biasiswa Albukhary dari lebih 47 buah negara Islam kini belajar di Malaysia.Beliau menubuhkan universiti swasta, Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) di Alor Setar, Kedah pada 2010. Bekas Naib Canselor USM Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dilantik sebagai Naib Canselor AIU.Kampus AIU terletak di dalam Pusat Ilmu Sharifah Rokiah di Jalan Tun Abdul Razak di Alor Setar.Pusat Perubatan Albukhary di Kompleks Albukhary di Alor Setar dilengkapi dengan pusat dialisis dan mempunyai 36 unit mesin Haemodialysis secara percuma. Menerusi Yayasan al Bukhary, 20 buah masjid dibina dan membaik pulih Masjid Negara supaya terang dan bercahaya. Antaranya ialah masjid di Rantau (RM7.9 juta - 2500 jemaah); Seremban (RM7.5 juta -3000 jemaah) Kampong Paroi, Kuala Pilah,  Pedas Tengah, Rembau dan Taman Anggerik, Batu Kikir. Yayasan juga membina Muzium Kesenian Islam (RM70 juta) pada 1998. Yayasan ini juga membiayai golongan fakir terutama imam, bilal dan siak Masjid  untuk menunaikan Haji setiap tahun.Kompleks al-Bukhary bernilai RM400 juta di Kedah siap pada 2004. Kompleks itu lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi. Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur bernilai RM100 juta. Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam.Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah. Yayasan al-Bukhary juga menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA  bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.

Ciri-Ciri Usahawan Berjaya


Anda seorang yang bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan yang Berjaya? Tapi semua perkara yang anda lakukan seperti sia-sia sahaja kerana semuanya tidak menjadi. Di manakah silapnya? Adakah anda sendiri tahu dimanakah silapnya? Jika kita ditanya, siapakah yang tidak mahu inginkan kejayaan. Tetapi, mengapa kebanyakan daripada mereka sentiasa gagal untuk mencapai sesuatu kejayaan itu? Adakah anda tahu? Usahawan-usahawan yang berjaya itu adalah seorang usahawan yang sentiasa berfikir untuk mencapai matlamat yang telah disasarkan dan memperolehi kejayaan. Usahawan Berjaya juga seorang jutawan. Minda jutawan adalah minda usahawan yang berjaya.

Untuk menjadi seorang usahawan yang cemerlang, seseorang itu perlu melengkapkan diri dengan beberapa ciri tertentu. Ciri utama ialah mempastikan mereka mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang bidang perniagaan yang diceburi.
...Ini bermakna usahawan perlu berusaha mendapatkan semua maklumat yang perlu mengenai perniagaan yang menjadi pilhan mereka. Pemilihan bidang perniagaan tidak boleh dilakukan secara ikut-ikutan sahaja, iaitu mengikuti perniagaan orang lain yang berjaya tanpa mengetahui selok-belok bidang tersebut.

Kejayaan orang lain dalam sesuatu bidang perniagaan tidak bererti kita juga akan berjaya dalam bidang yang sama. Kita perlu tahu beberapa perkara asas tentang bidang perniagaan yang dipilih seperti berikut:

  • Maklumat mengenai produk atau perkhidmatan yang hendak ditawarkan.
  • Maklumat pasaran yang disasarkan.
  • Maklumat mengenai persaingan.
  • Maklumat mengenai bekalan dan pengeluaran.
  • Struktur kos, penetapan harga dan kadar keuntungan.
  • Kelakuan-kelakuan tertentu dalam industri yang diceburi.
.........Untuk membuat keputusan sebelum menceburkan diri dalam bidang perniagaan tertentu, bakal usahawan seharusnya membuat kajian dan penilaian tentang perniagaan yang dicadangkan. Rancangan perniagaan yang melibatkan semua maklumat yang telah disebutkan hendaklah disediakan untuk menilai daya maju perniagaan tersebut.
...Sebahagian daripada penyediaan rancangan perniagaan sebaliknya merangkumi analisis SWOT (Strengths, Weaknesses, Opportunities and Treats) yang melihat kepada faktor-faktor kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang terdapat dalam perniagaan tersebut.
...Analisis SWOT akan membantu bakal usahawan menilai kesemua aspek yang akan menghasilkan keputusan yang lebih bijak. Selain dari pengetahuan yang mendalam tentang bidang perniagaan yang dipilih, usahawan juga perlu mempunyai beberapa ciri peribadi yang merupakan ciri-ciri utama keusahawanan.

Disini terdapat beberapa ciri-ciri seorang usahawan yang berjaya:

  1. Berjaya memilih bidang perniagaan yang kita minat. Contohnya menjual pakaian. Untuk lebih mendalam mungkin kita boleh tumpukan untuk pakaian bayi.
  2. Membuat perancangan terlebih dahulu.
  3. Tiada perasaan malu atau segan.
  4. Berani.
  5. Kuat berusaha.
  6. Bersemangat setiap hari. Mulakan setiap hari dengan semangat yang baru.
  7. Bijak. Antaranya memanfaatkan peluang yang ada, mencari peluang, mengatur perancangan, membina peluang.
  8. Konsisten. Konsisten dalam memperkenalkan jenama dirinya dan konsisten dalam mengekalkan aturan kerja dan lain.lain. Pentingnya konsisten dengan jenama diri adalah supaya membuatkan orang sentiasa ingat akan kita dan niche bisnes yang kita bawakan.
  9. Bersifat mesra dengan pelanggan.
  10. Sabar. Sabar dalam menghadapi karenah pelanggan. Sabar dalam menjalankan usaha serta hasil.
Inilah antara contoh-contoh usahawan berjaya yang diperlukan dalam setiap individu yang ingin mencebur di dalam bidang ini. Jadi, marilah kita renung-renungkan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya satu hari kelak. sekian.