Wednesday 30 October 2013

Sejarah Ekonomi Di Malaysia

Info yang saya akan bincangkan pada entry kali ini ialah mengenai sejarah ekonomi malaysia. Antaranya :

1. Pertanian
Kegiatan pertanian ekonomi sara diri oleh masyarakat melayu tradisional. Salah satu aktiviti pertanian adalah tanaman padi. Padi merupakan tanaman utama di Malaysia. Terdapat 2 jenis padi iaitu padi sawah dan padi huma(bukit). Perbezaan padi tersebut ialah padi sawah ditanam di kawasan yang rendah manakala padi huma pula ditanam di tempat yang tinggi seperi bukit-bukit. Antara negeri-negeri yang terkenal dengan penanaman padi ialah Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang.

2. Perikanan
Ikan merupakan sumber makanan yang penting kepada rakyat Malaysia. Kegiatan ini merupakan pekerjaan utama bagi masyarakat Melayu yang tinggal di tepi laut atau di tepi sungai. Selalunya hasil tangkapan akan dijual bagi mendapatkan hasil. Kebiasaannya, aktiviti perikanan ini akan dijalankan pada bulan Mac hingga Oktober dan dihentikan seketika pada bulan November sehingga Februari kerana pada bulan itu merupakan musim tengkujuh.

Lokasi utama kegiatan perikanan :

  • Kuala Muda, Kedah
  • Pulau Pangkor, Perak
  • Batu Maung, Pulau Pinang
  • Kuala Selangor, Selangor
  • Kukup, Johor
  • Kemaman, Terengganu
3. Perdagangan
Kegiatan perdagangan telah bermula sejak zaman penjajahan tanah melayu lagi. Dalam soal perkembangan perdagangan, beberapa aspek yang berkaitan seperti sistem pengangkutan perkapalan dan sebagainya telah dibincangkan. Hasil yang banyak dari sektor ini, pihak British telah menjalankan rancangan dalam pembinaan jalan keretapi serta pembinaan infrastruktur. Selain bijih timah, terdapat juga barangan dagangan yang penting seperti lada hitam, rempah, gambir dan tebu. Bermula abad ke 20, getah pula menjadi tanaman eksport yang sangat menguntungkan. Malangnya, disebabkan kemelesetan ekonomi, harga getah telah merosotdan menyebabkan kejatuhan pendapatan individu di Malaysia.

4. Pelombongan
Perlombongan di Tanah Melayu merujuk kepada perlombongan bijih timah. Memandangkan hasil perlombongan logam yang lain seprti emas adalah sedikit secara am-nya, aktiviti ini dijalankan secara kecil-kecilan oleh pembesar- pembesar melayu. Tedapat 5 hasil perlombongan yang dihasilkan di Tanah Melayu. Antaranya :

a. Bijih Timah
b. Emas
c. Arang Batu
d. Bijih Besi
e. Bauksit

5 Tips Menangani Konflik Didalam Sesebuah Organisasi

Dalam setiap organisasi, pastinya akan timbul konflik atau salah faham dalam kalangan ahli-ahli organisasi. Disini saya ingin berkongsi sedikit tips untuk menangani konflik-konflik tersebut.

1. Bersikap Positif : 
  Setiap ahli haruslah aktif  dalam menyelesaikan konflik secara proaktif.

2. Komunikasi :
  Komunikasi yang lancar dapat menghindarkan diri daripada salah faham yang berlaku. 

3. Keterbukaan (Open Minded) :
  Setiap anggota harus terbuka supaya konflik tidak berterusan dan dapat diselesaikan dengan baik. 

4. Bersikap Fleksibel :
  Ahli haruslah bersikap fleksibel, sehingga selalu ada jalan untuk memecahkan konflik yang terjadi.

5. Adil
  Kita tidak boleh memihak pada salah satu pihak yang terlibat konflik. Kita haruslah bersikap adil agar tidak berlaku salah faham yang berpanjangan.

Siapakah Syed Mokhtar Al-Bukhary?

Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan jutawan Melayu yang terkaya di Malaysia. Beliau ialah Pengerusi Yayasan Albukhary. Pada 2008, beliau diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah sempena sambutan Maal Hijrah 1429H peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).Beliau seorang yang suka berahsia serta pernah dipilih sebagai Tokoh Melayu Terbilang 2009.
Menurut majalah Malaysian Bussiness beliau mempunyai harta bernilai RM8.84 bilion pada 2005 seterusnya menjadi orang ketujuh terkaya di Malaysia pada 2005 hingga 2011. Menurut majalah Forbes, beliau orang ke-32 terkaya di Asia Tenggara. Beliau adalah orang kedua terkaya di Asia Tenggara selepas pengerusi Berjaya Corp, Vincent Tan. Syarikatmnya mempunyai 67,700 tenaga pekerja.Beliau juga 'Wira Dermawan Asia' selain Datuk Mohd Zaid Ibrahim, Leonard Linggi Tun Jugah, dan Hishamudin Ubaidulla.
Latar Belakang Tokoh Sebelum Menjadi Usahawan
Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1951. Syed Mokhtar tidak sempat mengambil periksaan SPM kerana tidak mempunyai wang untuk membayar yuran peperiksaan. Keluarga bapanya Syed Nor AlBukhary dan ibunya Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat berasal dari Hadrahmaut, Yaman. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga. Ketika umur 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama bapa saudaranya Syed Omar di Johor Bahru hingga ke Tingkatan Dua. Kemudian kembali ke Kedah dan bersekolah di Sekolah Saint Michael's.Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah. Beliau diasuh oleh ibunya sejak kecil oleh ibunya Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat untuk menderma kepada orang miskin. Syed Mokhtar berkahwin dengan Sharifah Zarah bin Tan Sri Syed Kechik Syed Mohamed Albukhary. Sharifah Zaharah adalah hasil perkahwinan kedua Syed Kechik dengan Puan Sri Sofiah Moo Abdullah . Syed Mokhtar dikurniakan tujuh orang anak. Beliau membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Seterusnya menjual roti canai di pasar Jalan Telok Wan Jah.Beliau membantu bapanya menternak lembu dan kerbau tetapi berhadapan dengan masalah wabak kaki dan mulut yang merebak ke seluruh selatan Thailand, Kedah dan Perlis . Semua ternak petani mati begitu sahaja. Sejak itu beliau meninggalkan bidang ternakan dan memulakan perniagaan sebagai pengusaha daging lembu dan kerbau pada tahun 1970 ketika berumur 19 tahun, selepas mengambil peperiksaan SPM . Beliau membeli daging lembu yang tidak terjual di pasar dan menjual semula kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran sekitar Alor Setar.Pada 1972, beliau mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A dan meminjam RM110,000 daripada MARA untuk membeli dua buah lori Mercedes 911LS. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan 'Syarikat Pengangkutan Sentosa' dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu. Lori-lori itu digunakan untuk memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa kini memiliki lebih daripada 40 buah lori.Pada 1974, Syed Mokhtar membeli rumah kedai yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan Perbadanan Kemajuan Bandar .Pada 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara (LPN) yang kini dikenali sebagai Bernas. Beliau berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor. Semua ini hasil langkah kerajaan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru
Sumbangan Yang Telah Disumbang Oleh Syed Mokhtar Al-Bukhary
Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary pada 1996 yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak. Melalui Yayasan ini, sebanyak RM1 Bilion telah disumbangkan/ didermakan untuk membiayai pelbagai program kebajikanMenerusi Program Tuisyen Albukhary pada 2001,sebanyak 500 pusat tuisyen telah ditubuhkan.Setiap tahun lebih 22,000 pelajar menyertai kelas itu dan mereka yang berjaya cemerlang menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.Setiap guru tuisyen dibayar RM40 sejam untuk mengajar Sains dan Matematik dan Bahasa Inggeris. Bantuan turut disalurkan kepada ke negara Pakistan, Uganda, Afrika Selatan dan Lebanon dengan 300 pemegang Biasiswa Albukhary dari lebih 47 buah negara Islam kini belajar di Malaysia.Beliau menubuhkan universiti swasta, Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) di Alor Setar, Kedah pada 2010. Bekas Naib Canselor USM Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dilantik sebagai Naib Canselor AIU.Kampus AIU terletak di dalam Pusat Ilmu Sharifah Rokiah di Jalan Tun Abdul Razak di Alor Setar.Pusat Perubatan Albukhary di Kompleks Albukhary di Alor Setar dilengkapi dengan pusat dialisis dan mempunyai 36 unit mesin Haemodialysis secara percuma. Menerusi Yayasan al Bukhary, 20 buah masjid dibina dan membaik pulih Masjid Negara supaya terang dan bercahaya. Antaranya ialah masjid di Rantau (RM7.9 juta - 2500 jemaah); Seremban (RM7.5 juta -3000 jemaah) Kampong Paroi, Kuala Pilah,  Pedas Tengah, Rembau dan Taman Anggerik, Batu Kikir. Yayasan juga membina Muzium Kesenian Islam (RM70 juta) pada 1998. Yayasan ini juga membiayai golongan fakir terutama imam, bilal dan siak Masjid  untuk menunaikan Haji setiap tahun.Kompleks al-Bukhary bernilai RM400 juta di Kedah siap pada 2004. Kompleks itu lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi. Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur bernilai RM100 juta. Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam.Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah. Yayasan al-Bukhary juga menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA  bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.

Ciri-Ciri Usahawan Berjaya


Anda seorang yang bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan yang Berjaya? Tapi semua perkara yang anda lakukan seperti sia-sia sahaja kerana semuanya tidak menjadi. Di manakah silapnya? Adakah anda sendiri tahu dimanakah silapnya? Jika kita ditanya, siapakah yang tidak mahu inginkan kejayaan. Tetapi, mengapa kebanyakan daripada mereka sentiasa gagal untuk mencapai sesuatu kejayaan itu? Adakah anda tahu? Usahawan-usahawan yang berjaya itu adalah seorang usahawan yang sentiasa berfikir untuk mencapai matlamat yang telah disasarkan dan memperolehi kejayaan. Usahawan Berjaya juga seorang jutawan. Minda jutawan adalah minda usahawan yang berjaya.

Untuk menjadi seorang usahawan yang cemerlang, seseorang itu perlu melengkapkan diri dengan beberapa ciri tertentu. Ciri utama ialah mempastikan mereka mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang bidang perniagaan yang diceburi.
...Ini bermakna usahawan perlu berusaha mendapatkan semua maklumat yang perlu mengenai perniagaan yang menjadi pilhan mereka. Pemilihan bidang perniagaan tidak boleh dilakukan secara ikut-ikutan sahaja, iaitu mengikuti perniagaan orang lain yang berjaya tanpa mengetahui selok-belok bidang tersebut.

Kejayaan orang lain dalam sesuatu bidang perniagaan tidak bererti kita juga akan berjaya dalam bidang yang sama. Kita perlu tahu beberapa perkara asas tentang bidang perniagaan yang dipilih seperti berikut:

  • Maklumat mengenai produk atau perkhidmatan yang hendak ditawarkan.
  • Maklumat pasaran yang disasarkan.
  • Maklumat mengenai persaingan.
  • Maklumat mengenai bekalan dan pengeluaran.
  • Struktur kos, penetapan harga dan kadar keuntungan.
  • Kelakuan-kelakuan tertentu dalam industri yang diceburi.
.........Untuk membuat keputusan sebelum menceburkan diri dalam bidang perniagaan tertentu, bakal usahawan seharusnya membuat kajian dan penilaian tentang perniagaan yang dicadangkan. Rancangan perniagaan yang melibatkan semua maklumat yang telah disebutkan hendaklah disediakan untuk menilai daya maju perniagaan tersebut.
...Sebahagian daripada penyediaan rancangan perniagaan sebaliknya merangkumi analisis SWOT (Strengths, Weaknesses, Opportunities and Treats) yang melihat kepada faktor-faktor kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang terdapat dalam perniagaan tersebut.
...Analisis SWOT akan membantu bakal usahawan menilai kesemua aspek yang akan menghasilkan keputusan yang lebih bijak. Selain dari pengetahuan yang mendalam tentang bidang perniagaan yang dipilih, usahawan juga perlu mempunyai beberapa ciri peribadi yang merupakan ciri-ciri utama keusahawanan.

Disini terdapat beberapa ciri-ciri seorang usahawan yang berjaya:

  1. Berjaya memilih bidang perniagaan yang kita minat. Contohnya menjual pakaian. Untuk lebih mendalam mungkin kita boleh tumpukan untuk pakaian bayi.
  2. Membuat perancangan terlebih dahulu.
  3. Tiada perasaan malu atau segan.
  4. Berani.
  5. Kuat berusaha.
  6. Bersemangat setiap hari. Mulakan setiap hari dengan semangat yang baru.
  7. Bijak. Antaranya memanfaatkan peluang yang ada, mencari peluang, mengatur perancangan, membina peluang.
  8. Konsisten. Konsisten dalam memperkenalkan jenama dirinya dan konsisten dalam mengekalkan aturan kerja dan lain.lain. Pentingnya konsisten dengan jenama diri adalah supaya membuatkan orang sentiasa ingat akan kita dan niche bisnes yang kita bawakan.
  9. Bersifat mesra dengan pelanggan.
  10. Sabar. Sabar dalam menghadapi karenah pelanggan. Sabar dalam menjalankan usaha serta hasil.
Inilah antara contoh-contoh usahawan berjaya yang diperlukan dalam setiap individu yang ingin mencebur di dalam bidang ini. Jadi, marilah kita renung-renungkan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya satu hari kelak. sekian.