Saturday 9 November 2013

Siapakah Jutawan Pemilik AmBank Group?

LATARBELAKANG BELIAU

              
              Tan Sri Azman Hashim dilahirkan pada Julai 1939 di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Beliau merupakan anak ketiga daripada 13 orang adik-beradik. Bapa beliau merupakan seorang juruteknik manakala ibu beliau merupakan seorang guru. Beliau adalah akauntan berkanun yang terlatih. Beliau memulakan kerjayanya sebagai akauntan berkanun pada tahun 1955 di Messrs. OL Haines & Co. Australia. Beliau berpengalaman luas dalam industri perbankan dan mula terlibat dalam sektor perbankan sejak 1960 apabila beliau kembali dari Australia sebagai akauntan berkanun.
Tan Sri Azman Hashim, 68 tahunAset RM 2.87 BillionArab-Malaysian Corporation Berhad

LATARBELAKANG KERJAYA


             Tan Sri Azman memulakan kerjayanya dalam sektor perbankan di Bank Negara Malaysia. Selepas beberapa tahun bekerja di Bank Negara Malaysia, Tan Sri Azman meletakkan jawatan pada tahun 1964 bagi memulakan firma perakaunannya sendiri, iaitu Azman, Wong, Salleh & Co. Dua tahun kemudian, beliau menjadi Pengarah Malayan Banking Berhad (Maybank) dan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Maybank dari tahun 1971 hingga 1980. Seterusnya, Tan Sri Azman dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Kwong Yik Bank yang kini dikenali sebagai RHB Bank Berhad selama dua tahun, dari tahun 1980 hingga 1982.Pada tahun 1982, beliau membeli Arab – Malaysian Merchant Bank yang kini dikenali sebagai AmBank dari usahawan Arab, iaitu Hussain Najadi. Hussain mengasaskan bank itu pada tahun 1975 bagi membawa masuk pelaburan dari negara – negara Arab ke Malaysia. Selepas pembelian itu, Tan Sri Azman dilantik sebagai pengerusinya. Kepentingan dalam syarikat lain Selain memegang 42% kepentingan dalam syarikat induk Kumpulan AmBank, iaitu Arab – Malaysian Corporation Berhad (AMC), beliau juga mengawal beberapa syarikat seperti AMMB Holding Berhad (AHB), Arab – Malaysian Finance Berhad yang kini dikenali sebagai AmFinance, Arab Malaysian Development Berhad, Saouth Peninsular Industries Berhad, Redifussion Berhad, Hotel Equatorial dengan 30% kepentingan, dan anak syarikat Johnson & Johnson di Malaysia dengan 30% kepentingan.

           Terdapat banyak bank yang terjejas akibat krisis itu. Tetapi, lain pula dengan Tan Sri Azman. Selepas krisis ekonomi asia 1997 / 98, Tan Sri Azman bukan sahaja berjaya mengekalkan kedudukannya dalam Kumpulan Perbankan AmBank, malah berjaya menambahkan lagi penguasaannya dalam industri perbankan dengan penggabungan MBF Finance dengan anak syarikat Kumpulan Perbankan AmBank, iaitu Arab – Malaysian Finance Berhad.Pengiktirafan Tan Sri Azman pernah dan sedang memegang banyak jawatan lain. Anataranya adalah Ahli Lembaga Pengarah Sistem Penerbangan Malaysia Berhad (MAS), Pengerusi Persatuan Bank Saudagar di Malaysia, Pengerusi Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia Berhad (MIMOS) dan Pengerusi Perbadanan Produktiviti Nasional dan banyak lagi. Anugerah Tan Sri Azman pernah menerima banyak anugerah. Antaranya ialah anugerah Doktor Kehormat oleh Universiti Utara Malaysia pada tahun 1990. Pada tahun 1985, Tan Sri Azman dinamakan sebagai Pengurus Bank Terbaik Asia oleh majalah Asian Finance.

            Pada tahun 1993, beliau dinamakan sebagai Usahawan ASEAN Tahun 1993 oleh Forum Perniagaan ASEAN. Pada tahun 1995 pula, beliau dinamakan sebagai Pengurus Terbaik Tahun 1995 oleh Kelab Alumni Harvard Business School. Sumbangan Sebagai Pengerusi Perbadanan Produktiviti Nasional, Tan Sri Azman memainkan peranan penting dalam menggalakkan produktiviti di Malaysia dan menjadikannya sebagai salah satu komponen yang relevan dan penting dalam proses pembangunan negara.Kejayaan membangunkan produktivtii ini dicapai melalui keyakinannya bahawa produktiviti perlu dirangka sehingga dapat diuruskan dan diukur. Dibawah kepimpinan belaiu, Perbadanan Produktiviti Nasional berjaya membangunkan metodologi pengukuran produktiviti di peringkart kebangsaan dan subsektor. Sejak tahun 1994, Perbadanan Produktiviti Nasional menerbitkan laporan tahunan produktiviti yang menganalisis prestasi produktiviti di peringkat kebangsaan, dan subsektor. Laporan tahunan itu dapat diakses melalui Pangkalan data Rangkaian Tanda Aras Dalam Talian (BOND), iaitu pangkalan data amalan terbaik dan petunjuk prestasi cemerlang. Melalui Perbadanan Produktiviti Nasional juga, Tan Sri Azman banyak menyumbang kepada pergerakkan produktiviti di rantau Asia dan Pasifik.



SUMBANGAN BELIAU

          
              Berdasarkan nilai pegangan mereka dalam syarikat sehingga 20 Januari 2012,nama Tan Sri Azman Hashim menduduki tangga ke 11 dalam senarai orang terkaya di Malaysia dengan aset bernilai RM3.47bilion.Tan Sri Azman Hashim telah menyumbangkan sebanyak 30% daripada nilai pegangan asetnya iaitu RM1bilion kepada Yayasan Azman Hashim. Yayasan itu, yang ditubuh pada 5 Januari 1991 pernah menyumbang RM42 juta untuk pembangunan pendidikan di beberapa institusi pengajian tinggi awam di negara ini, termasuk pembinaan sebuah kompleks pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bernilai RM7 juta. 
           Sumbangan itu bertujuan untuk membantu pembangunan pendidikan golongan kurang berkemampuan serta meringankan beban badan-badan kebajikan. Wang dana sebanyak RM1 bilion itu akan digunakan secara berperingkat bagi membina lebih banyak kemudahan kepada golongan memerlukan. Ia juga tidak terhad kepada bidang pelajaran sahaja kerana jika terdapat bidang lain yang memerlukan bantuan daripada dana ini, ia akan turut dibantu. Tan Sri Azman Hashim dan juga Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary adalah diantara orang terkaya yang suka menderma dan membuat kebajikan.  Dengan adanya Yayasan seperti ini, ramai golongan yang tidak berkemampuan dapat peruntukan yang sewajarnya dari segi kesihatan, pendidikan dan sebagainya.








1 comment:

  1. CASINOS CASINO HOTEL, LLC - JAMUARY 20, 2021
    CASINOS 영주 출장샵 CASINO HOTEL, LLC · 4.0 (15%) · 1.50 (100%) · 1.50 (100%) 부천 출장안마 · 1.25 (100%) · 1.25 (100%) · 1.25 (100%) · 1.25 (100%) · 1.25 (100%) · 1.25 (100%) · 밀양 출장마사지 1.25 (100%) · 1.25 (100%) 충청북도 출장안마 · 1.25 (100%) · 1.25 (100%) · 1.25 (100%) · 1.25 (100%) · 1.25 (100%) · 1.25 (100%) 남양주 출장안마

    ReplyDelete