Wednesday 30 October 2013

Ciri-Ciri Usahawan Berjaya


Anda seorang yang bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan yang Berjaya? Tapi semua perkara yang anda lakukan seperti sia-sia sahaja kerana semuanya tidak menjadi. Di manakah silapnya? Adakah anda sendiri tahu dimanakah silapnya? Jika kita ditanya, siapakah yang tidak mahu inginkan kejayaan. Tetapi, mengapa kebanyakan daripada mereka sentiasa gagal untuk mencapai sesuatu kejayaan itu? Adakah anda tahu? Usahawan-usahawan yang berjaya itu adalah seorang usahawan yang sentiasa berfikir untuk mencapai matlamat yang telah disasarkan dan memperolehi kejayaan. Usahawan Berjaya juga seorang jutawan. Minda jutawan adalah minda usahawan yang berjaya.

Untuk menjadi seorang usahawan yang cemerlang, seseorang itu perlu melengkapkan diri dengan beberapa ciri tertentu. Ciri utama ialah mempastikan mereka mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang bidang perniagaan yang diceburi.
...Ini bermakna usahawan perlu berusaha mendapatkan semua maklumat yang perlu mengenai perniagaan yang menjadi pilhan mereka. Pemilihan bidang perniagaan tidak boleh dilakukan secara ikut-ikutan sahaja, iaitu mengikuti perniagaan orang lain yang berjaya tanpa mengetahui selok-belok bidang tersebut.

Kejayaan orang lain dalam sesuatu bidang perniagaan tidak bererti kita juga akan berjaya dalam bidang yang sama. Kita perlu tahu beberapa perkara asas tentang bidang perniagaan yang dipilih seperti berikut:

  • Maklumat mengenai produk atau perkhidmatan yang hendak ditawarkan.
  • Maklumat pasaran yang disasarkan.
  • Maklumat mengenai persaingan.
  • Maklumat mengenai bekalan dan pengeluaran.
  • Struktur kos, penetapan harga dan kadar keuntungan.
  • Kelakuan-kelakuan tertentu dalam industri yang diceburi.
.........Untuk membuat keputusan sebelum menceburkan diri dalam bidang perniagaan tertentu, bakal usahawan seharusnya membuat kajian dan penilaian tentang perniagaan yang dicadangkan. Rancangan perniagaan yang melibatkan semua maklumat yang telah disebutkan hendaklah disediakan untuk menilai daya maju perniagaan tersebut.
...Sebahagian daripada penyediaan rancangan perniagaan sebaliknya merangkumi analisis SWOT (Strengths, Weaknesses, Opportunities and Treats) yang melihat kepada faktor-faktor kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang terdapat dalam perniagaan tersebut.
...Analisis SWOT akan membantu bakal usahawan menilai kesemua aspek yang akan menghasilkan keputusan yang lebih bijak. Selain dari pengetahuan yang mendalam tentang bidang perniagaan yang dipilih, usahawan juga perlu mempunyai beberapa ciri peribadi yang merupakan ciri-ciri utama keusahawanan.

Disini terdapat beberapa ciri-ciri seorang usahawan yang berjaya:

  1. Berjaya memilih bidang perniagaan yang kita minat. Contohnya menjual pakaian. Untuk lebih mendalam mungkin kita boleh tumpukan untuk pakaian bayi.
  2. Membuat perancangan terlebih dahulu.
  3. Tiada perasaan malu atau segan.
  4. Berani.
  5. Kuat berusaha.
  6. Bersemangat setiap hari. Mulakan setiap hari dengan semangat yang baru.
  7. Bijak. Antaranya memanfaatkan peluang yang ada, mencari peluang, mengatur perancangan, membina peluang.
  8. Konsisten. Konsisten dalam memperkenalkan jenama dirinya dan konsisten dalam mengekalkan aturan kerja dan lain.lain. Pentingnya konsisten dengan jenama diri adalah supaya membuatkan orang sentiasa ingat akan kita dan niche bisnes yang kita bawakan.
  9. Bersifat mesra dengan pelanggan.
  10. Sabar. Sabar dalam menghadapi karenah pelanggan. Sabar dalam menjalankan usaha serta hasil.
Inilah antara contoh-contoh usahawan berjaya yang diperlukan dalam setiap individu yang ingin mencebur di dalam bidang ini. Jadi, marilah kita renung-renungkan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya satu hari kelak. sekian.



1 comment:

  1. Top 40 YouTube Channel Titles For You - Videodl.cc
    Top 40 YouTube Channel Titles For You · 1. DrunkenOdds · 2. DrunkenOdds youtube to mp3 converter android · 3. Funny or Die · 4. Funny or Die · 5. Funny.

    ReplyDelete